Tuesday, March 27, 2012

cerpen CORETAN KEGAGALAN



Esok adalah hari bersejarah, dua peristiwa berlaku dalam satu hari. Esok pagi Izza akan menjalani ujian JPJ kereta untuk ulangan parking, dalam hari yang sama juga, Izza akan mengambil keputusan SPM.  
“Ya Allah jika keputusan SPM ku tidak meberangsangkan, kau tabahkanlah hati ini, jika baik, kau jauhkanlah sifat riak dan takbur”, Izza berdoa dalam hati, sementara dia menunggu giliran untuk menjalani ujian parking.
 Debaran hati semakin terasa. Hanya Allah yang tahu betapa laju jantung Izza berdegup. Kini tiba giliran Izza untuk menjalani ujian,dengan penuh berhati-hati dan yakin Izza melakukannya,berbekalkan zikir dan doa yang tak putus-putus kepada Allah.  Akhirnya Izza berjaya melakukan ujian ulangan parking dengan berjaya. Gembiranya tidak terkata.
Tiba-tiba dirasakan gegaran dari poket seluar tanda ada panggilan telefon. Talian segera disambungkan.
“Izza, kau kat mana? Bila nak ambil result ni? Aku dah tunggu kau kat sekolah.”suara Fatimah kedengaran dicorong telefon. Suaranya kedengaran tidak sabar dan risau. Soalannya yang bertalu-talu menimbulkan rasa geli hati.
“relaks la Timah. Aku baru jek keluar dari driving school. Dalam pukul 12.30 nanti aku sampai la. Kau ambil lah result dulu.”balas Izza sambil tergelak kecil. Tergelak mengenangkan sifat kekalutan Fatimah dan gelak untuk menutup kegugupan dalam hati. Sebentar tadi baru saja hilang kegugupan kerana mengambil  ujian JPJ, kini dia akan menghadapi lagi satu kegugupan. Kegugupan menghadapi keputusan SPMnya.
Seusai mematikan telefon, dia mengerling sekilas jam di tangan. Pukul 11.15pagi. dalam hatinya berkata, “mana pak cik ni? Dah la nak ambil keputusan SPM lagi,” mesej tak henti-henti dari kawan-kawan dan saudara –mara bertanyakan tentang keputusan SPM.
Tepat pukul 12 tengah hari Izza bergegas bertolak pulang untuk mengambil keputusan SPM, dalam masa yang sama Fatimah sedang menunggu di tepi jalan raya untuk bersama-sama menaiki bas awam.
“Assalamualaikum sayang! Lama ke tunggu?” sapa Izza kepada Fatimah, oleh kerana mereka kawan baik semenjak tinggal di asrama yang sama, mereka sangat mesra dengan panggilan yang manja, ini kerana mereka bersahabat kerana Allah atas dasar keimanan dan seakidah yang sama.
“Wa’alaikumsalam sayang! Eh tak lama pun, dalam 5 minit adalah,” Fatimah menjawab soalan Izza tadi dengan senyuman mesra yang terukir di bibir. Beberapa minit kemudian, bas awam pun muncul, “alhamdulilah bas da sampai, Fatima kau naik dulu, nanti aku bayarkan sekali tambang untuk kau,” Fatima naik dahulu ke dalam bas selepas diikuti Izza.
“Sayang, rasa berdebar tak? Cuba kau rasa jantung aku ni, lagi tadi laju berdegup, tak tenang aku,” Fatimah menanyakan kepada Izza yang sedang termenung jauh teringatkan bagaimanakah rupa keputusan SPM yang diterima tidak lama lagi. “Erm,tenang la sayang, banyakkan istighfar kepadanya, supaya Allah memberi kekuatan untuk kita menghadapinya bersama, sabar ye sayang, ingatlah setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya.” Izza menjawab dengan nada yang lembut dan tenang sekali, dia yakin Allah sentiasa akan membantu setiap hambanya yang memerlukan pertolongan darinya.
Beberapa minit kemudian, bas awam yang mereka naiki hampir sampai ke sekolah mereka, “Izza kau tolong tekankan loceng ye,dah nak sampai ni,” pesan Fatimah kepadanya Izza, “baik lah sayang,” Izza menjawab. “thank you uncle,” ucapan tanda terima kasih diucapkan Fatimah diikuti Izza juga, sebagai tanda hormat, walaupun berlainan agama dan bangsa, ini kerana mereka menunjukkan contoh yang baik supaya, orang yang bukan islam faham bahawa agama Islam ini sangat indah.
Sembil berpegangan tangan,mereka bersama-sama masuk ke sekolah dan mencari bilik guru untuk mencari guru tingkatan masing-masing. “Sayang, kejap lagi, kita akan tahu keputusan SPM kita,jadi kita kene kuatkan iman kita, tenangkan jiwa kita agar tidak melatah, dan paling penting sekali sabar, sesungguhnya apa yang keluar itulah yang terbaik buat kita, dan Allah bagi setimpal dengan usaha kita,insyaAllah.” Izza berpesan kepada sahabat baiknya Fatimah sambil tersenyum manis.
“Izza, ni keputusan SPM awak, jangan terkejut pulak, tu lah main-main lagi dalam kelas dulu, kalau serius sikit kan dah elok sikit keputusannya,” kata-kata yang keluar dari guru kelas Izza yang dipanggil Teacher Shila. “Thanks Teacher for everything, saya redha jer, tu Allah nak bagi, saya ok jer,” Izza menjawab dengan tenang walaupun dalam hatinya rasa sangat sedih dan risau apa yang hendak diberitahu kepada ibunya.
Dalam masa yang sama juga, Fatimah masih tercari-cari akan kelibat guru kelasnya, iaitu Cikgu Zanariah. “Izza, awak sombong eh, Nampak saya tak pandang pun,” sapa Cikgu Lela,kerana Cikgu Lela agak rapat dengan Izza, dan kerana kepetahan dan sikap peramah Izza amat disenangi guru-guru di sekolahnya.
“Eh mana ada cikgu, saya baru nak pergi jumpa cikgu ni,” Izza hanya tersenyum menjawab pertanyaan Cikgu Lela. “ Nak tengok result awak Izza,” minta Cikgu Lela kepada Izza, “ Ish cikgu ni, keputusan saya buruk lah,” jawab Izza  tersenyum mesra sambil menahan kesedihannya. “Tidak mengapa, saya nak tengok jer,”pujuk Cikgu Lela kepada Izza. “ Izza awak nak belajar kat mana lepas ni? Masuk tingkatan 6 pun ok juga,” Cikgu Lela memberi cadangan kepada Izza.
“ Tidak mengapa cikgu, nanti saya tanya mak dan ayah saya, terima kasih cikgu,” jawab Izza dengan sopan. “ Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk ku menempuhi dugaan mu ya Allah,” Izza bermonolog di dalam hatinya.
Selesai bersalaman dengan guru-guru  yang rapat dan kenal, Izza berjumpa dengan warden asramanya, Cikgu Norah. “ Assalamualaikum cikgu, sihat?” sapa Izza dengan nada mesra. “Wa’alaikumsalam, eh Izza macam mana keputusan kamu?” Tanya Cikgu Norah. “Alhamdulilah cikgu, biasa saja,” jawab Izza sambil tersenyum manis. Selepas Cikgu Norah melihat slip keputusan Izza, dia memberi kata-kata semangat agar Izza tidak patah semangat.

Selepas Fatimah selesai mengambil slip keputusan SPMnya, mereka meminta kebenaran Cikgu Zaidi selaku ketua warden asrama untuk mereka melawat asrama. Rindu dalam kehidupan di asrama masih terpahat di dalam hati mereka. Lima tahun tinggal di asrama, siapa yang tidak rindu akan kehidupan di sana. Sampai sahaja di asrama, ramai kawan-kawan lama mereka yang lebih muda dari mereka menanyakan tentang result SPM mereka,  dan mereka hanya menjawab “ rahsia, nanti korang tahu juga,” bukan kerana malu, tetapi mereka tidak bersedia untuk memberitahu kepada orang lain tentang result SPM mereka.
Sementara menunggu bas awam di bas stop hadapan sekolah, “ sayang, kau rasa sedih tak dengan result yang kau dapat ni?” soal Fatimah kepada Izza yang sedang termenung jauh. “ Izza! Kau dengar tak aku panggil kau ni, aku tanya ni, kau rasa sedih tak dengan result yang kau dapat ni?” dalam masa yang sama Izza tersentak, “ eh maaf-maaf sayang, erm entahlah Tima, tapi aku rasa gembira, tak tahu kenapa, mungkin aku betul-betul redha dengan ketentuan ilahi, aku terima seadanya.” Jawab Izza sambil memegang tangan Fatimah dengan erat.
Bunyi telefon berdering mematikan perbualan mereka, panggilan dijawab dengan segera, “assalamualaikum mak, erm keputusan Izza biasa je, nanti balik Izza beritahu ok nanti Izza tunggu mak balik bye,” Izza meletak ganggang telefon sambil menahan kesedihan, “kesiannyer mak aku Tima, macam mana lah aku nak beritahu dia, segan aku,” Izza mengadu kepada Tima tentang apa yang dirasakannya.
“sayang, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah, tak semua yang kita nak kita akan dapat, mungkin kejayaan kau bukan dekat SPM, mungkin di masa akan datang, sabarlah, Allah nak uji kesabaran kau tu, aku yakin mak kau tak marah pun, dia pun redha.” Fatimah memujuk Izza sambil memeluk Izza.
Tidak lama kemudian bas pun sampai, dan mereka bersama-sama menaiki bas awam untuk pulang ke rumah masing-masing. Semasa di dalam bas, Izza hanya membisu diam seribu bahasa, Fatimah berasa pelik kerana selalunya Izza yang paling bising, mesti ada saja perkara yang ingin dibualkannya.
Beberapa minit kemudian hampir sampai ke rumah Izza, mereka bersalaman, “ sayang, aku balik dulu, jaga diri baik-baik doakan kejayaan aku tau, ingat apa yang kita dapat itulah yang terbaik untuk diri kita aku pergi dulu, Assalamualaikum,” Izza terus bergerak kearah pintu bas untuk keluar kerana sudah sampai di rumahnya.
Sampai sahaja di hadapan pintu rumah, ayah Izza sudah bertanya tentang keputusan SPM, dan Izza hanya menjawab apa yang dia dapat seperti dalam keputusan SPMnya. Ayahnya hanya tersenyum dan tidak marah walaupun keputusan SPM Izza agak teruk juga.
Daripada pagi hingga ke malam tidak putus-putus panggilan daripada rakan-rakan Izza yang bertanyakan tentang keputusan SPMnya. Izza hanya menjawab apa yang dia dapat di dalam keputusannya. Tetapi semua tidak percaya, kerana mereka berfikiran tidak mungkin orang seperti Izza akan mendapat keputusan yang agak teruk. Tetapi itulah kuasa Allah, tiada siapa yang tahu, ada hikmah disebalik kejadian.
Izza mohon semua IPT sama ada awam mahu pun swasta. Dia berserah dan redha rezekinya di mana, kerana dia sudah usaha dan tawakal kepada Allah. Izza menerima surat tawaran dari Kolej Universiti Islam. Dia dimasukkan kesana diatas persetujuan mak dan ayahnya. Harapan mereka mahu Izza berjaya dalam bidang agama kelak.  Walaupun terpaksa bayar sedikit untuk tanggungan pengajian Izza kerana belajar di kolej swasta, tetapi kedua ibu bapa Izza yakin yang Izza akan bangkit semula suatu hari nanti dan pasti akan berjaya di dunia mahupun di akhirat.
“Mama, tadi kata nak pergi jalan-jalan, jom lah, Dhiya dah siap ni abi pun da balik,” sapa anak Izza lantas mematikan lamunan Izza yang terkenangkan kisah silamnya 10 tahun yang dulu. Kini Izza seorang pakar motivasi yang disegani dan juga sebagai penulis novel motivasi.
Izza kini berumur 28 tahun sudah memiliki segulung ijazah sarjana dan sudah berkahwin. Dia juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dinamakan Dhiya Elmira. “Ye sayang, mama ingat maaflah mama termenung sekejap tunggu mama siap ye sayang.” Jawab Izza kepada anaknya yang petah bercakap dengan senyuman mesra terukir di bibir.
Fatimah, sahabat baik kepada Izza kini seorang akauntan yang berjaya. Dia bekerja di sebuah bank yang sepenuhnya menggunakan kaedah perbankan islam. Izza juga isteri kepada Azuan Azif seorang doctor pakar di sebuah hospital swasta yang menggunakan sepenuhnya kaedah perubatan islam. Izza yang dari dulunya berangan untuk berkahwin dengan seorang doktor kini tercapai dan suaminya juga seorang yang soleh.
“Sayang, telefon berdering tu tak nak angkat ke?” tegur suami Izza sambil menunjukkan jarinya kearah telefon itu. “ Ye sayang I angkat panggilan tu,” jawab Izza dengan nada yang lembut kepada suaminya. “Asslamualaikum Tima, rindunye dekat kau, apa khabar? Sihat? Erm yelah nanti aku balik kampung kita jumpa ok? Kirim salam kat anak-anak kau bye,” selepas letak ganggang telefon, Izza hanya tersenyum manis.
“Dhiya, nak balik kampong tak? Rindu nenek tak?” Tanya Izza kepada anaknya yang seorang itu. “Mestilah nak mama, tak sabarnye nak balik kampong, jumpa nenek,”jawab Dhiya dengan tergelak kecil tanda keriangan.
Pada hujung minggu, Izza dan keluarganya pulang ke kampung untuk menziarahi mak dan ayahnya, dalam masa yang sama juga dia ingin bertemu dengan Fatimah kerana mereka sudah merancang untuk berjumpa di kampung.
Sambil makan buah-buahan di dusun, Izza tiba-tiba menggenggam erat tangan Fatimah, “ Tima, rindunya aku kat kau, tak sangka umur kita panjang dah 28 tahun umur kita, masih terngiang-ngiang lagi masa nak ambil result SPM dulu.” Berkata Izza sambil mengalirkan air mata.
“ Izza, thanks for everything honey, kalau kau tak bagi sokongan dekat aku, tak tahulah apa terjadi, walaupun aku tahu result SPM kau lagi teruk berbanding aku, tapi kau gagah dari aku ni,” Fatimah membalas percakapan sambil menyekat air mata Izza yang keluar.
“Tapi kan Tima, aku tak sangka hidup aku boleh berjaya macam ni, Allah bagi apa yang kita nak, tetapi lambat sikit dia nak uji tahap kesabaran kita setiap apa yang berlaku ada hikmah, aku yakin Allah sentiasa menolong hambanya.” Jawab Izza sambil tersenyum manis. “betul tu, masa silam kita yang memberi kita semangat untuk terus berjaya,kalau gagal dalam SPM tidak mengapa, tapi kalau gagal dalam kehidupan, bahaya, sebab nak mengadap Allah bila kita mati nanti,” sambil tersenyum Fatimah berkata.
Walaupun mereka sudah mempunyai suami dan anak, tetapi bila berjumpa tetap sama seperti dahulu, macam anak-anak kecil perwatakan mereka. “Tima sekarang kau percaya tak yang aku selalu berangan  nak kahwin dengan doktor soleh?” Tanya Izza sambil senyum manis menampakkan giginya yang tersusun rapi. “ Hahahahaha, aku percaya sebab sekarang kau dah berjaya kahwin dengan doktor soleh, tahniah la yer, tu yang kau selalu berangan dulu kan,  Allah da bagi apa yang kau nak, sama ada cepat atau lambat jer,kita kena bersabar dan sentiasa berusaha,” jawab Fatimah sambil mencubit pipi Izza.
Tidak ada istilah kalau gagal dalam SPM maka gagal dalam segala-galanya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tidak semestinya orang yang gagal dalam peperiksaan sekolah akan gagal selamanya , ada rezeki masing-masing yang Allah sudah tetapkan, hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya dan bersabar. Kesabaran amat penting dalam kehidupan. Dengan menjadikan kegagalan sebagai sokongan untuk kita terus berjaya dan jadikan kegagalan itu sebagai pedoman hidup kita.

No comments:

Post a Comment