Friday, February 3, 2012

cerpen siapakah penerima cintaku


sedang Izza berjalan di dalam sebuah pasaraya besar untuk mencari barang yang dipesan oleh ibunya, langkahnya terhenti apabila ternampak seorang yang sangat dia kenali, dan seorang yang dia sangat cintai, iaitu Uwais jalan bersama seorang perempuan bertudung labuh. Izza terkaku, pantas air matanya laju meluncur keluar. “cantiknya isteri dia” Izza bermonolog di dalam hati. Uwais yang sedang beramah mesra bersama dengan perempuan bertudung labuh itu sambil memilih barang tidak perasan akan kehadiran Izza yang sedang memerhatinya dari jarak yang agak dekat. Dada Izza sebak dan merasakan seakan ada batu yang besar menghempap dirinya, rasa sedih yang teramat sangat. Uwais tidak pernah tahu akan cinta Izza yang sangat mendalam kepadanya, Izza hanya menyimpannya seorang dan hanya Allah sahaja yang isi hati Izza. Izza juga mula mengenali Uwais apabila dia terlibat dengan aktiviti badan dakwah. Selepas Uwais beredar dari tempat itu Izza tersedar dari lamunannya, dia gagahkan juga untuk meneruskan perjalanan dan terus mencari barang yang dikirim oleh ibunya.

Selepas memarkir kereta di garaj, dengan wajah yang sedih Izza masuk ke rumah dan mencari ibunya untuk memberikan barang yang baru dibelinya di pasaraya tadi. Tanpa sempat ibunya berkata apa-apa Izza terus masuk ke biliknya. Izza menangis dan cuba memujuk hatinya supaya untuk melupakan Uwais. “ya Allah, tolonglah aku untuk melupakan dia, sesungguhnya aku dah tak sanggup untuk menahan derita ini, aku redha dengan suratan mu ini ya Allah, sesungguhnya ada yang terbaik menantiku ya Allah” Izza berdoa. Sebenarnya  Izza tidak tahu yang Uwais sudah berumah tangga, dia malas mahu bertanyakan kepada rakannya yang sama kenal dengan Uwais. Izza seorang gadis yang sopan, bertudung labuh, sangat menjaga auratnya, dan menjaga pergaulan dengan yang bukan mahram, sehinggakan dia mencintai seseorang hanya Allah sahaja yang tahu, dia yakin, Allah lah tempatnya bergantung dan sesungguhnya Allah maha mengatahui apa yang ada di dalam hatinya. Selepas solat Isyak, Izza membuat solat taubat dan solat hajat memohon pertolongan kepada Allah, dan dia berdoa “ ya Allah, kalau itu bukan jodoh ku, maka sisihkanlah perasaan itu dari hatiku, jauhkan lah perasaan aku kepadanya, sesungguhnya kau maha mengetahui, kau datangkanlah cinta baru untukku, sesungguhnya aku hanya mahukan keredhaan mu ya Allah”. Izza menangis teresak-esak.

Walaupun umur Izza baru 19 tahun, tetapi dia berfikiran matang, dan dia berharap untuk jodohnya sampai dalam masa terdekat, kerana dia bimbang tidak boleh menjaga hati apabila tidak lama lagi dia akan memasuki IPT. Dua minggu lepas Izza dapat surat tawaran sambung belajar di Sabah yang diidam-idamkan selama ini. “mak,Izza dapat tawaran sambung belajar dekat UMS,” air mata Izza laju keluar kerana kegembiraan. Maknya yang berada di dapur berlari ke ruang tamu selepas mendengar berita gembira ini dari Izza. “alhamdulilah Izza, dapat juga awak nak belajar dekat sana, mak bersyukur sangat-sangat,” berkata mak Izza sambil tersenyum lebar. Hujung tahun  Izza akan bertolak ke Sabah untuk menyambung pembelajarannya. Dia selalu berdoa agar sebelum dia dia menamatkan pengjiannya, dia akan menjumpai orang yang dicintainya sebagai suami selepas Uwais. Izza seorang yang rajin berblogger dan seorang yang rajin membuka laman web social FACEBOOK. Sedang Izza membuka album gambar di FACEBOOK, ada satu pesanan untuk berkawan dengan Izza, tanpa berlengah Izza terus terima dah membuka laman FACEBOOK itu untuk mengetahui siapakah pemiliknya.

Setelah puas Izza membelek siapakah empunya laman FACEBOOK itu, akhirnya dia menemui siapa pemilik laman FACEBOOK itu, iaitu anak murid kepada sepupunya yang dipanggil Kak Nozi. Sepupu Izza mengajar di sebuah sekolah agama yang terkenal iaitu KISAS. Kolej Islam Sultan Alaudin Shah. Pemilik laman FACEBOOK itu pelajar di KISAS, dan sebaya dengan Izza. Tanpa berfikir panjang Izza terus menghantar chat kepada pemilik laman itu yang bernama Azuan Azif. [ assalamualaikum,maaf mengganggu, anta ni siapa? Ana kenal anta ke?] Izza menghantar chat itu sekadar ingin tahu adakah lelaki yang bernama Azuan Azif itu kenal dirinya. [ wa’alaikumsalam, erm ana tidak kenal siapa anti, tetapi ana jumpa FACEBOOK anti melalui FACEBOOK teacher Fadilah.] Azuan Azif membalas chat Izza tadi. “ouh dah agak dah anak murid Kak Nozi, patutlah alim semacam, budak KISAS,” Izza bermonolog di dalam hatinya sambil tersenyum sendiri. [ ouh yeke? Terima kasih kerana anta sudi add ana, salam ukhuwah.] Izza membals, dan dia sangat berhati-hati menghantar chat kepada orang yang tidak kenal lebih lagi kepada lelaki.
Sejak daripada itu Izza berkawan dengan Azuan Azif itu. Tetapi tidak lah rapat mana, mereka akan berhubung apabila ada perbincangan tentang agama ataupun saling bertukar pendapat. Dan mereka hanya berhubungan melalui laman FACEBOOK sahaja. Itu pun sekiranya mereka terjumpa apabila sama-sama sedang Online. Izza masih lagi menjaga batas pergaulan antara dia dan Azuan Azif, mereka tidak akan berhubung jika tiada sebab. Sejak daripada itu, Izza sebenarnya menyimpan perasaan kepada Azuan Azif dalam senyap. Dan hanya Allah sahaja yang tahu isi hati Izza. Dia menyembunyikan perasaannya itu. Suatu hari, semasa Izza sedang Online, ada chat masuk, dan daripada Azuan Azif, [ assalamualaikum anti,maaflah mengganggu, ana Cuma nak bagi tahu bahawa esok ana tidak Online lagi kerana ana akan balik ke kanpung untuk meneman atuk ana di kampong, jadi lepas ini ana tidak boleh lagi berpeluang mendengar nasihat daripada anti, kecuali ana balik ke rumah ana. Maklumlah di kampong tiada internet, bila ana dirumah sahaja boleh menggunakan internet, maaflah tak beritahu awal kepad anti.] Izza terkejut membaca chat daripada Azuan Azif itu, dan berasa sangat sedih, tetapi dia tidak sekali-kali menunjukkan kesedihan kepada Azuan Azif. [ wa’alaikumsalam anta, oh yeke? Tak apelah, nanti ada rezeki kita boleh berhubung lagi, ada hikmah disebalik kejadian, pesan ana kepada anta, jangan lupa akan segala nasihat yang ana beri tu, manfaatkan, insyaAllah, semoga Allah redha, oh ye sebelum terlupa, esok sebelum anta pulang ke kampong bagi mesej dahulu dekat FACEBOOK ana untuk menyatakan yang anta nak bertolak.] Izza membalasnya dengan lemah. “ya Allah, jika dia ini adalah jodohku, kau tautkanlah hati kami ya Allah, sesungguhnya engkau maha mengetahui”, Izza bermonolog di dalam hati. Hanya Allah sahaja yang boleh membolak-balikkan hati manusia. Allah jualah yang mengatur segalanya tanpa cacat cela. Izza menyerahkan segalanya kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama dia berusaha untuk memantapkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala. Dengan melalui tarbiahlah boleh mengubah kehidupan seseorang kearah kebaikan.

Pada keeseokkan harinya, Izza terlambat bangun, selepas solat Subuh dia tidur semula kerana sakit kepala. Dia juga terlupa yang harini adalah Azuan Azif pulang ke kampong. Pada tepat pukul 10 pagi, Izza terjaga dari tidurnya. Lantas dia terus buka computer ribanya dan terus buka laman FACEBOKKnya. Izza ternampak ada satu mesej diterimanya dia terus membukanya  ia adalah mesej daripada Azuan Azif, Izza terus teringat yang harini Azuan Azif akan pulang ke kampungnya pada pagi ini. “ya Allah, macam manalah aku boleh lupa, dia balik pagi ni, ish dah pukul berapa ni, ruginya bangun lambat, tapi tidak mengapalah tiada rezeki,” Izza berkata-kata seorang diri. [ assalamualaikum anti, ana bertolak pukul 9 pagi ini, perkenalan yang singkat ini membawa seribu makna kepada ana, sesungguhnya Allah dah mengaturkan segalanya,] Izza membaca mesej itu dengan linangan air matanya yang membasahi pipi. Izza merasakan yang hatinya sudah terpaut dengan orang yang bernama Azuan Azif, hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam ramai-ramai sahabat Izza, dia sangat rapat dengan seorang sahabatnya yang bernama Fatimah. Dia hanya menceritakan segalanya dengan Fatimah sahaja, kerana hanya Fatimah yang memahami perasaannya. Izza juga sering keluar bersiar-siar bersama Fatimah, sambil mereka menunggu pesana pizza di sebuah restoran Izza berkata kepada Fatimah, “ Timah, dah seminggu dah Azuan Azif tu pergi, tapi aku masih tidak boleh lupa dia, aku betul-betul dah terpaut dengannya, aku bukan kemaruk Timah, tapi kau fahamlah kan aku macam mana?” Timah berkata, “ Izza, aku faham perasaan kau, aku pun pernah ada perasaan tu, tapi kan kau tak boleh leka dengan semua tu, itu hanya mainan perasaan, insyaAllah kalau itu dah memang jodoh kau, sesungguhnya Allah maha berkuasa, dia dah susun apa yang terbaik untuk setiap hambanya, kau berusahalah dengan berdoa kepada Allah, hanya dia sahaja yang berkuasa,” Izza berkata, “ terima kasih Timah, aku bukan apa, aku takut tidak mampu untuk menjaga hati aku, walaupun aku masih muda, dan dari sekarang aku kene berusaha untuk jadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik untuk aku,” Timah membalas percakapan Izza, “ha, macam tulah aku nak dengar dari kau, aku sayang kau Izza, aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau, kita perlu sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik, di mata Allah, dan barulah terbaik di mata manusia ok?” Izza tersenyum selepas menerima semangat daripada sahabat terbaiknya, Fatimah. Izza sangat menyayangi kepada Fatimah, dia menyayangi Fatimah kerana Allah, dan atas dasar keimanan mereka boleh menjadi rapat seperti adik-beradik, dan itulah yang dikatakan ukhuwah di atas keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Untuk mencari sahabat dalam dunia ni mudah sangat, tetapi untuk mencari sahabat sejati yang setia sangat susah, dan boleh dikira. Untuk mendapatkannya perlulah berusaha dan mestilah hanya kerana Allah yang esa, bukan kerana paras rupa ataupun harta. Sahabat atas dasar keimanan akan sama-sama membawa kita ke syurga Allah.

Lagi empat hari Izza akan bertolak ke Sabah untuk sambung belajar disana. Dia berasa sangat sedih walaupun itu adalah apa yang diidamkan selama ini. Tetapi dia berasa sedih untuk berpisah dengan sahabat baiknya Fatimah. Di sana nanti, Izza perlu mencari sahabat baru, dan itu bukanlah perkara yang mudah, kerana Izza perlulah istiqamah dalam hidupnya kerana duduk di tempat orang dan banyak pengaruh luar. Dia tahu akan banyak dugaan yang akan datang kepadanya, Izza perlu redha, dan dia percaya Allah akan menguji hambanya yang dia sayang. Fatimah dapat sambung belajar di USIM Negeri Sembilan. Fatimah menyambung pelajaran dalam bidang agama dan dakwah, manakala Izza dalam bidang Sains Sosial. Pada suatu hari mak Izza berkata, “ Izza, nanti tolong mak kemas ruang tamu ni, mop, sapu sampah lepastu teman mak pergi pasar, esok ada orang nak datang” Izza membalas, “ baik mak, Izza ok jer, erm siapa nak datang rumah kita mak? Kawan lama mak ke?” mak Izza berkata, “eh bukanlah, esok ada orang nak masuk meminang Izza,” Izza yang mendengarnya terus berderau darahnya, dia terus teringatkan Azuan Azif, dia cuba menahan air matanya, “ yeke mak? Kenapa tak cakap awal-awal dengan Izza?” Izza membalas, “maaflah Izza, tapi tadi angah kamu baru beritahu mak yang esok ada rombongan meminang dari kawannya yang berkenan dekat Izza,” Izza terus terdiam dan kaku. “ siapalah kawan angah tu? Ish angah ni kenapa tak beritahu aku, dia ni ingat aku ni apa jer,” Izza bermonolog dalam hatinya. “Izza, tolong mak ni,” panggilan mak Izza mematikan lamunannya itu tadi. “ duhai hati, sabarlah engkau, sesungguhnya Allah dah rancang apa yang terbaik untuk aku,” Izza memujuk hatinya.

Tibalah keesokkan harinya, hati Izza berdebar dan tertanya-tanya siapa yang meminangnya. Dia hanya duduk di dalam bilik sahaja dan Fatimah yang sentiasa menemaninya, Izza berasa kecut perut dan jantungnya sangat laju berdegup kencang, dia hanya beristighfar dalam hati dan berdoa sahaja untuk menghilangkan rasa gugup itu. Pintu biliknya diketuk,lantas Fatimah bangun dan buka, kelihatan seorang perempuan yang bertudung labuh dalam linkungan umur 50 tahun keatas datang kepada Izza untuk menyarungkan cincin, “ sejuknya tangan bakal menantu umi ni, cantiknya Izza patutlah anak umi jatuh cinta,” perempuan itu berkata sambil menyarungkan cincin di jari manis Izza. Izza hanya tersenyum, dan dia terus menyalam bakal ibu mertuanya. Dalam hati Izza berkata, “ baiknya bakal mak mertua aku, tapi Azuan Azif bagaimana? Ya Allah kau sisihkanlah perasaan ini dari hatiku,” selepas selesai majlis dan semua tetamu sudah pulang, Izza bertanya kepada angahnya, “Angah, siapa kawan angah yang minang kita? Kenapa tak cakap awal-awal? Ish angah tak kahwin lagi, tak kan lah kita nak kahwin dulu?” angahnya berkata, “ Izza, maaflah angah tak boleh beritahu siapa, tapi insyaAllah akan ada kebahagiaan yang Izza kan dapat nanti, sesungguhnya Allah dah tentukan yang terbaik buat Izza, terimalah dengan redha, keredhaan Allah itu penting, angah tahu lelaki ini yang terbaik untuk adik angah seorang ini” berkata abang Izza yang kedua sambil tersenyum. “tapi angah, tak kan lah sampai Izza tak tahu langsung siapa bakal suami Izza? Bagi lah klu sikit angah, boleh lah?” Izza memujuk abangnya dengan membuat muka simpati, “oopss Izza pujuk lah apa cara sekalipun, angah pegang janji dekat lelaki tu supaya tidak beritahu Izza  siapa dia sehinggalah tarikh pernikahan awak berdua,” kata angahnya dan terus meninggalkan Izza yang terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan angahnya tadi.
Setelah sebulan Izza berada di Sabah, dia masih lagi tercari-cari siapa bakal suaminya, minggu depan dia kan berkahwin, tetapi wajah lelaki itu pun Izza tidak pernah tahu, kata angahnya yang lelaki itu meminta supaya tidak memberitahu Izza sehinggalah hari penikahannya, nama pun Izza tidak tahu. Izza sentiasa berdoa kepada Allah agar berinya petunjuk dan buka hatinya untuk menerima cinta lelaki itu tersebut. Supaya dia boleh melupakan Azuan Azif walaupun tidak pernah bersua muka. Kerana peribadi Azuan Azif membuatkan Izza terpikat dengan lelaki yang dikenalinya hanya di dalam laman FACEBOOK. Sudah lama lelaki itu mendiamkan diri tanpa jejak. Izza pun tidak lagi membuka laman FACEBOOKnya kerana sangat sibuk sejak bergelar pelajar IPT. Di Sabah, dia mendapat sahabat baru yang sangat baik. Izza juga cuba menarik sahabat-sahabat perempuannya di universiti untuk mengikuti usrah, Izza adalah naqibahnya. Selain belajar, Izza juga amat aktif dalam bidang dakwah untuk menarik orang kearah kebaikan. Dia juga sentiasa menjaga adabnya sebagai muslimah dan sangat dihormati, tambahan lagi tidak lama lagi dia akan bergelar isteri. Sudah tiga kali Izza membuat solat Istikharah, petunjuk yang dia hanyalah sebuah mimpi yang menggambarkan dia berjumpa dengan lelaki itu, tetapi tidak nampak mukanya, tetapi cara percakapan dan ayat lelaki itu dia pernah temui dan dia seakan kenal cara percakapan itu. Dan Izza hanya mampu berserah kepaNya, sesungguhnya Allah sebaik perancang dan menyusunnya dengan baik untuk hambanya yang sentiasa melakukan perintahnya dan meninggalkan larangannya. Telefon bimbit Izza berbunyi, pantas Izza menjawab panggilan dari angahnya, “ assalamualaikum angah, ada apa telefon malam-malam ni?” angah membalas, “dah beli tiket belum nak balik lusa? Minggu depan awak nak nikah dah,” Izza tersenyum dan menjawab, “alhamdulilah, siang tadi Izza dah beli, angah janganlah risau, lusa insyaAllah Izza balik,minggu depan Izza nikah,” risau benar abang Izza itu, maklumlah Izza satu-satunya adik perempuan tunggalnya. “ angah telefon Izza ni pun, bakal suami awak tu suruh tanyakan, risau benar dia, takut Izza tak balik nanti,” Izza tergelak kecil, “ wah bagusnya bakal adik ipar angah tu, cakap dengan dia jangan risau, Izza balik punya, Allah dah menyusun segalanya, angah kirim salam dekat semua yang ada kat rumah, along sekali dengan isteri dia,” angahnya membalas, “ insyaAllah, nanti angah sampaikan, ok lah Izza angah nak tidur ni, esok ada kelas jumpa lusa, da sampai telefon nanti angah ambil Izza kat lapangan terbang, assalamualaikum,” Izza terus mematikan telefon bimbitnya itu. Lantas dia terus mengambil wuduk untuk membuat solat sunat dan berdoa kepada Allah agar tenangkanlah jiwanya. “Azuan Azif, maafkan Izza,” Izza bermonolog dalam hatinya.

Tibalah hari yang dinantikan, pernikahan Izza. Dalam masa yang sama pernikahan angahnya juga. Sengaja angah Izza merahsiakannya akan pernikahannya kerana bakal isteri abangnya itu adalah Fatimah. Sungguh Izza tidak percaya yang selama ini di selalu mengusik Fatimah dengan angahnya, akhirnya jadi kenyataan, itulah rahsia Allah tiada siapa yang tahu. Izza yang berdebar menantikan kehadiran bakal suaminya yang ditunggu-tunggu akhirnya terjawab. Pengantin laki itu masuk ke ruang tamu rumah Izza dan duduk dihadapannya. Izza hanya terpaku melihat. Tetapi dia tidak kenal akan wajah lelaki itu, tetapi hatinya dapat merasakan yang dia pernah kenal lelaki ini. “pengantin perempuan, adakah anda bersetuju bernikah dengan lelaki yang bernama Azuan Azif bin Muizzudin?” tok kadi bertanya kepada Izza, lantas lamunan Izza termati. Dalam hatinya, “diakah Azuan Azif?” Izza terasa mahu menangis tetapi ditahannya, “ya saya setuju,” Izza menjawab dengan tenang. Dalam hatinya masih lagi tidak percaya apa yang dia lalui sekarang. Selepas akad nikah dilafazkan, maka terjawablah siapa suami Izza, dan Izza berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah beri kepadanya. Selepas beberapa minit kemudian, angahnya pulak melafazkan akad nikah untuk pernikahannya dengan Fatimah. Tibalah saat Azuan Azif menyarungkan cincin kepada Izza, dan Izza mencium tangan suaminya itu, Azuan Azif. Selepas sesi bergambar bersama keluarga, Azuan Azif pergi ke Izza yang duduk termenung sendirian, “assalamualaikum,isteri abang yang cantik ni,” Izza terkejut dan menjawab, “wa’alaikumsalam a,abang, duduklah” Izza berunsur ke tepi untuk beri tempat kepada Azuan Azif untuk duduk di situ. “terima kasih sayang, Izza kenapa termenung? Tak suka ke jadi isteri abang?” Tanya Azuan Azif kepadanya, muka Izza terus merah, “ kenapa abang tak nak beritahu siapa abang? Buat Izza tertanya-tanya, dan mana abang kenal angah?” Azuan Azif menjawab sambil tersenyum, “ hebatkan kuasa Allah? sebenarnya abang suka dekat Izza sejak pertama kali Izza chat abang dekat FACEBOOK, dan Izza suka beri abang nasihat, dalam masa yang sama abang berusaha mencari FACEBOOK angah Izza, dan melalui dialah abang mengikuti perkembangan Izza, maaflah abang terus berdiam diri, abang takut tak dapat jaga hati abang, abang hanya mahukan keredhaan Allah dan abang buat solat istikharah, ternyata Izza adalah jodoh yang terbaik buat abang, terus abang masuk minang Izza sebelum Izza pergi ke Sabah,” Izza terkejut dengan jawapan Azuan Azif, tanpa sedari air matanya mengalir, dalam hatinya berkata, “terima kasih ya Allah, aku bersyukur kepadamu,” “Izza kenapa ni? Abang tak naklah Izza nangis hari pernikahan kita,” Azuan Azif berkata kepada Izza sambil mencubit pipi Izza. “ terima kasih abang sudi jadi suami Izza, insyaAllah Izza akan jadi isteri yang solehah, dan Izza sangat mencintai abang,”Izza berkata kepada suaminya sambil memegang tangan suaminya. Azuan Azif akan melanjutkan pelajarannya ke luar Negara dalam bidang farmasi, manakala Izza pula di Sabah, mereka bercinta jarak jauh, tetapi itu tidak menjadi halangan buat mereka, kerana mereka bina perkahwinan ini dan mencintai antara satu sama lain atas dasar keimanan kepada Allah Taala. Mereka bersama-sama mencari redha Allah dan ingin bersama-sama ke syurga Allah.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment